dah datang sini , selongkar sana sini , mehh FOLLOW |kalau taknk , boleh pergi DASHBOARD.
What About You?


entries | profile | tagboard

Friday, April 29, 2011
hebatnya lelaki kerana wanita ::

:: dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ::



"3 perkara yang boleh menghancurkan umat yang paling kuat adalah zalimnya pemimpin, berpecahnya rakyat, rosaknya wanita." 
[Mustafa As Sibaei]


statement nie buat diriku berfikir dua tiga empat kali

YA! memang benar 
begitu sekali pengaruh wanita terhadap masyarakat dunia. 
Merekalah yang mampu menjadi agen perubah (kebaikan mahupun kehancuran)

Kata-kata di atas hakikatnya bukan sekadar teori
namun telah dibuktikan jua pada alam realiti

Bak kata pepatah Inggeris pula, "Behind every great man, there is a great woman."
Jarang sekali seorang pemuda yang berjaya, 
baik dalam sahsiah dan akademiknya,
melainkan di belakangnya seorang ibu yang penyayang, 
yang sentiasa memberi didikan dan sokongan.

Jarang sekali seorang tokoh masyarakat yang hebat, 
baik dalam apa-apa lapangan, 
melainkan di sisinya ada seorang isteri yang sentiasa memberi kekuatan dan inspirasi.
 
maka sungguh saya katakan pengaruh wanita amat besar terhadap dunia.
oleh itu, sajak ini tercipta. 
saya dedicate sajak ini kepada, 
kakak saya dan 
juga saudara-saudara perempuan seIslam semua..

dan kepada ibu, thanks for everything.. Can never repay you.
Moga-moga mesej yang disampaikan dapat mencetus aspirasi kepada semua. 
Amin.

Pelihara Dirimu
Pelihara dirimu,
Wahai mawar berduri.
Dirimu suci,
Seindah perhiasan diberi.
Jangan pula kau cemari diri,
Dek hitam debu duniawi.

Datangnya Islam mengangkat martabatmu,
Terciptanya syariat demi memelihara dirimu,
Sayangi dirimu,
Dan ketahuilah, Allah jua amat kasih padamu.

Oh mawar berduri,
Pelihara peribadi,
Hargai maruah diri,
Dan dirimu akan menjadi penyeri,
 
Keindahanmu mampu mengatasi segala perhiasan duniawi.
Jangan sesekali kau goncang iman sang lelaki dengan lirik manjamu,
Sebaliknya, kau goncanglah dunia dengan keteguhan imanmu!

*****


0 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by FPA and icons by Applepine.