dah datang sini , selongkar sana sini , mehh FOLLOW |kalau taknk , boleh pergi DASHBOARD.
What About You?


entries | profile | tagboard

Tuesday, January 25, 2011
Selamat Tinggal as-Sultan :

:: dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ::

####################

assalamualaikum dan selamat sejahtera
ana ucapkan kepada antum semua.

ketika ini
perasaan ana sangat berbelit-belit
kerana mahu meninggalkan bumi as-Sultan
yang banyak mengajar erti kehidupan
erti bertanggungjawab
erti berkerjasama
erti bersefahaman
erti persahabatan
dan segala macam erti yang lain.

emosi ana juga bersimpang-siur
dek kerana demi meninggalkan
sebuah empayar persahabatan
yang telah mencapai zaman kegemilangannya
hanya dalam masa yang sangat singkat.

tinggal lah kenangan ana di as-Sultan
yang baik di as-Sultan dijadikan tauladan
yang buruk di as-Sultan
dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran
dalam menempuh
sebuah lagi dugaan yang lebih mencabar
dan segala nasihat daripada guru-guru
serta rakan-rakan
akan ana jadikan sebagai
kehidupan harian ana di sekolah baru nanti
insha-Allah.

berat hati ana untuk meninggalkan bumi as-Sultan yang dicintai
namun
demi syiar Islam
ana kuatkan semangat
kuatkan tekad
moga-moga hidup ana di sana mendapat rahmat daripada Allah
amin . . . .

buat sahabat-sahabat ana yang disayangi
jangan lupa ana dalam doa kalian
dengan izin Allah
kita pasti bertemu kembali

selamat tinggal Muhammad Lukhman
selamat tinggal Hazwan
selamat tinggal Muhammad Faris
selamat tinggal Muhammad Luqman
selamat tinggal Amirul Mustaqim
selamat tinggal Saiful Emran
selamat tinggal Ahmad Rusydi

jangan lupa persahabatan yang kita bina selama ini
jangan biarkan persahabatan kita hilang
bagai ditiup angin
bagai dihempas ombak
jadikan persahabatan kita sekukuh
seperti hubungan silaturrahim para Ansar dan para Muhajirin
moga-moga hidup kita diberkati Allah sentiasa.

bagi rakan-rakan yang lain
teruskan perjuangan antum semua
dalam menegakkan panji-panji Islam
agar kehidupan di dunia ini menjadi lebih aman sentosa.

buat para pendidik di as-Sultan
ana mengucapkan jutaan terima kasih
kerana telah menjadikan ana seorang insan yang terdidik
dengan ilmu duniawi mahupun ukhrawi
jasamu ana kenang
hingga ke akhir hayat
insha-Allah.

sebelum ana mengakhirkan coretan ini
ana ingin menyusun sepuluh jari
meminta ampun dan maaf
daripada seluruh warga yang mengenal diri ini
agar hidup ana di sana mendapat kebahagiaan
ana dahului dengan ucapan terima kasih.

####################



1 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by FPA and icons by Applepine.